Sejak saya tinggal di Malaysia dan sekarang sudah pindah ke Indonesia, saya masih sering mendengar perkataan "Indon" yg sebenarnya singkatan dari "Indonesia" . Kadang-kadang saya merasa geram dan pengen marah ketika mendengarnya .
Perkataan 'indon' begitu sederhana. Jumlah hurufnya lima sahaja: i, n, d, o dan n. Suku katanya pula hanya dua: in dan don. Pengucapannya juga begitu mudah: indon.
Tetapi, apa arti 'indon'? Jawabannya, tak ada sama sekali. Bagaimana apabila tulisannya macam ini: 'Indon' (dengan 'I' kapital)? Sekali lagi, saya pasti, jawabannya sama sahaja.
Dalam mana-mana kamus pun, selepas saya selidiki, tidak dijumpai perkataan atau entry 'Indon'. Termasuk, sebagai misalan, dalam kamus Times Comparative Dictionary of Malay-Indonesian Synonyms, yang dikumpulkan oleh Dr. Leo Suryadinata dan diedit oleh Prof. Abdullah Hassan (Singapura dan Kuala Lumpur: Times Books International).
Namun di Malaysia ini (juga Singapura), seperti kita maklumi bersama, kita pasti kerap mendengar atau membaca perkataan 'Indon'. Maksud atau ertinya, 'semua hal berkenaan dengan Indonesia, utamanya warga atau masyarakatnya'.
Saya tidak tahu secara pasti, sejak bila perkataan itu mulai digunakan, dan siapa pula yang memulainya. Faktanya, sampai hari ini, perkataan itu kerap dijumpai di mana-mana tempat: di kedai-kedai teh tarik, di jalan-jalan, lebih-lebih lagi di media --utamanya media cetak. Hampir setiap hari, ada sahaja media cetak Malaysia yang menggunakan perkataan tersebut dalam beritanya.
Sebagai bukti, saya sedut beberapa tajuk berita ini: 'Wanita Indon paling ramai mati ketika bersalin' (Berita Harian, 8/5/2004, ms. 18); '2 Indon miliki 50 kg ganja' (Harian Metro, 6/7/2004, ms. 1); 'Indon couple con policeman' (New Straits Times, 14/7/2004, ms. 12); 'Indon Police Closing in on Bomb-Makers' (The Malay Mail, 7/7/2004, ms. 7); 'Indons vote for new president' (The Star, 6/7/2004, ms. 20). Itu setakat dalam tajuk, belum lagi ditambah dengan kandungan beritanya.
Pada masa-masa awal berada di Malaysia, saya --mungkin juga Warga Negara Indonesia (WNI) lainnya-- hanya tersenyum sahaja ketika mendengar dan membaca perkataan tersebut. Ada semacam kelucuan di dalamnya.
Hal semacam ini juga berlaku tatkala saya --atau sesiapa sahaja-- mendengar atau membaca beberapa perkataan Melayu Malaysia lainnya, yang agak berbeda pengucapan serta maknanya dengan perkataan Melayu Indonesa. Sebagai misal, 'beda' (Indonesia) dan 'beza' (Malaysia); 'rahasia' (Indonesia) dan 'sulit' (Malaysia); 'mobil' (Indonesia) dan 'kereta' (Malaysia) dan lain-lain. Saya pasti, orang Malaysia sendiri juga akan memiliki kesan serupa.
Tetapi, setelah lebih 1 tahun berada di Malaysia, muncul perasaan bosan ke atas penggunaan perkataan 'Indon'. Bukan setakat bosan, malah muncul pula rasa geram dan semacamnya. Manakala istilah itu terbaca atau terdengar, perasaan-ke-Indonesia-an saya sepertinya agak 'terganggu'. Mengapa tidak ditulis atau disebut secara lengkap dan utuh, 'Indonesia', atau –apabila mau dipendekkan lagi-- WNI?
Secara berterus terang, saya tidak setuju perkataan 'Indon' digunakan untuk menyebut 'semua hal berkenaan dengan Indonesia, utamanya warga atau masyarakatnya'. Sebabnya, pertama, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah secara tata bahasa kerana tidak ada dalam mana-mana kamus pun. Dan kedua, lebih penting lagi, penggunaannya berkonotasi negatif, terkesan melecehkan dan merendahkan (degrading) masyarakat Indonesia.
Pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI/Indonesian Embassy) di Kuala Lumpur juga melahirkan rasa kurang senang apabila media setempat kerap menggunakan perkataan itu.
Menurut Budhi Rahardjo, Kepala Bidang Penerangan KBRI, perkataan 'Indon' adalah sesuatu yang 'merendahkan' (degrading). 'Justeru itu kami memohon jasa baik Kerajaan Malaysia dan media cetak negara ini agar tidak lagi menggunakan perkataan tersebut. Kami juga menghimbau agar media-media setempat menggunakan istilah 'Indonesia' secara lengkap,' jelasnya (Lihat: 'Indonesia kurang senang media guna perkataan 'Indon'', Utusan Malaysia, 12 Julai 2004, m.s. 16).
Bagaimanapun, lain di media, lain pula di masyarakat luas di Malaysia (juga Singapura). Inilah persoalannya: penggunaan perkataan 'Indon' sudah menjadi hal yang biasa dan lumrah digunakan oleh masyarakat luas. Malah, ironisnya, tak sedikit WNI yang justeru ikut-ikutan menggunakannya.
Berasaskan helah 'kebiasaan' dan 'kelumrahan' semacam itulah yang juga saya dengar terus dari Encik Rusdi Abdullah, seorang pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menurut beliau, tiada sebarang maksud untuk menghina atau melecehkan apabila orang Malaysia atau sesiapa sahaja menyebut orang Indonesia dengan perkataan tersebut.
Encik Rusdi mungkin benar. Saya pun teramat maklum dengan penjelasan beliau yang amat meyakinkan itu. Mungkin saya seorang sahaja yang terlalu merasa berlebihan, walau tentu sahaja juga tiada masalah untuk mempersoalkannya.
Bagaimanapun, saya --semoga juga seluruh WNI lainnya di Malaysia-- teramat berharap dan berkeyakinan bahawa suatu saat nanti tiada lagi perkataan 'Indon' digunakan, selain 'Indonesia' atau 'WNI', samaada dalam media cetak mahupun dalam percakapan masyarakat Malaysia (juga Singapura).
Selain itu, sambil mengetepikan jauh-jauh sifat buruk sangka berkenaan dengan 'lecehan' masyarakat di Malaysia ke atas WNI dengan perkataan itu, saya juga amat berharap seluruh WNI --khususnya di Malaysia dan Singapura-- juga perlu berbuat sesuatu.
Sebuah cara paling sederhana, sebagai contoh, saya selalu menolak apabila disebut atau dipanggil 'orang Indon', sambil pula menjelaskan bahawa saya adalah orang 'Indonesia'. Dalam penulisan perkataan 'Indonesia' pun, apabila hendak dipendekkan, lebih baik digunakan singkatan atau kependekan 'Ind' atau 'Ina' yang sudah popular berbanding 'Indon'. Saya merasa pasti, apabila seluruh WNI di Malaysia berbuat demikian, niscaya akan ada pengaruh yang besar.
Sebagai penutup, saya mengajak dan menghimbau kepada seluruh masyarakat Malaysia, panggillah kami 'orang Indonesia', bukan 'orang Indon'. Dan kepada media, sebutlah kami dengan perkataan 'Indonesia', atau 'WNI', bukan 'Indon'. Dengan sebutan itu, niscaya nilai berita Saudara akan terasa lebih bermakna.
.::
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer





0 komentar:
Post a Comment